Peperangan mendatangkan banyak kesusahan, baik di Singapura atau di mana-mana. Ramai terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dalam percubaan untuk membina kembali kehidupan mereka pada zaman selepas peperangan. Namun, bagaikan jatuh ditimpa tangga, kebanyakan diantara mereka terutamanya di kalangan masyarakat Melayu, tidak mempunyai pendidikan sekolah yang sempurna. Justeru, ia menyukarkan lagi usaha mereka untuk mencari pekerjaan yang mampu menghasilkan kewangan yang memuaskan bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Dengan itu, maka tercetusnya inspirasi untuk NTUMLCS (Perbayu) dan syarikat THUMBPRINT Productions mengadakan mempersembahkan Khilaf. Pementasan ini adalah di bawah arahan Keatar HM dan Reduan Yahaya di atas inspirasi novel Salina dan Lantai T. Pinkie oleh Datuk A. Samad Said.

Penonton akan diajak untuk menyelami zaman nostalgia, disamping mengenali sejarah dan budaya. Apa yang menjadi lebih genting lagi ialah penonton diharap akan lebih memahami akan pentingnya mengambil keputusan yang wajar dan bijaksana agar seseorang itu tidak menyesal di hari muka.



Enter post war Singapore, where the future was a question mark and choices were scarce. Those without formal education were destitute and turned to jobs of contentious nature for financial stability. Khilaf, which means carelessness is a theatrical production by NTUMLCS and THUMBPRINT Productions.

Khilaf is directed by Mokthar Hashim or more popularly known as Keatar HM and Reduan Yahaya. It is inspired from famous novels Salina and Lantai T.Pinkie written by A. Samad Said.

Take away a feeling of nostalgia, a deeper sense of understanding of history and culture, and moral values like making wise choices. Realize how unwise choices leaves regret as the only companion be it in the past, present, or future.




Pelakon Utama

Shahani Bte Kamarudin sebagai ‘Ramlah’

(Pelajar, Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA), Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Jurusan Seni, Tahun Pertama)

 

Saya mula minat dengan seni teater sejak sekolah menengah lagi tapi hanya mendapat peluang apabila menuntut di Institut Millennia (MI). Drama pertama yang saya terlibat di MI ialah “Anna Hidayah” dimana saya berlakon sebagai Seok Ling, seorang gadis Cina. Dari situlah, penglibatan saya dalam seni teater Melayu mula berkembang dari mempelajari sudut lakonan dan juga di belakang tabir. Peranan saya dalam Khilaf amat mencabar kerana ia memerlukan saya untuk bertutur dalam bahasa era 50an dan juga mempelajari gerak-geri perempuan-perempuan joget pada masa itu. Tapi, saya mengambil cabaran ini sebagai satu langkah untuk mempertingkatkan lagi diri saya.

“Aku tidak kisah pandangan orang lain. Asalkan aku tahu siapa diri aku dan harga diriku. Masyrakat sememangnya tidak adil. Sebab kami bekerja di kabaret. Sebab kami miskin. Sebab kami perempuan joget. Sebab kami pelayan, mereka mahu memandang kami hina.”

~ Ramlah

 


 

Nordiana Bte Amran sebagai ‘Rokiah’

(Pelajar, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Jurusan Sosiologi, Tahun Pertama)

 

 

Minat saya terhadap teater bermula apabila saya menuntut di Institut Millennia (MI). Sebagai seorang ahli Persatuan Budaya Melayu (Perbayu) di situ, saya telah menerima kesempatan untuk benar-benar meluahkan diri dari segi lakonan. Saya amat suka dengan idea menukarkan diri menjadi seseorang yang berbeza pada keseluruhannya sewaktu berada di atas pentas. Peranan saya sebagai Rokiah dalam Khilaf memberikan saya peluang untuk meneroka ke dalam pesona Rokiah – masa lampaunya, aspirasinya, cintanya dan kebenciannya.

Ini adalah pertama kali saya melakonkan watak utama dan saya sangat terharu dengan adanya peluang untuk memainkan watak yang sangat mengagumkan ini. Cabaran yang saya hadapi secara peribadi adalah banyak sekali – daripada menepati jadual yang ketat hingga ke menyesuaikan diri untuk berlatih dengan berpakaian kebaya – tetapi saya tahu itu semua adalah penting dalam menjayakan Khilaf. Saya berharap untuk memberi satu persembahan yang tulus bagi santapan para penonton.

“Siapa yang lupa daratan? Selama ini aku yang membawa ramai pelanggan. Mereka datang khusus untuk menyaksikan aku menyanyi. Kalau tak kerana aku, kabaret ini tak boleh maju tau.”

~ Rokiah

 


 

Muhammad Fairus Bin Adam sebagai ‘Rosman’

(Guru, Sekolah Rendah Wellington)

 

 

Penceburan diri dalam drama/teater bermula apabila saya berada di Institut Jurong (JI) yang sekarang dikenali sebagai Institut Millenia (MI) pada tahun 2002. Watak yang saya bawa amat mencabar kerana pada dasarnya saya lebih banyak berlakon drama jenaka yang lebih tertumpu pada golongan kanak-kanak. Bila diberi peluang untuk berlakon di dalam drama ‘Khilaf’, saya agak ragu-ragu pada mulanya tetapi saya bertekad untuk mencubanya. Pelbagai rintangan yang harus dihalangi seperti mempraktikkan ‘linggo’ 50an dan mencari ‘karisma’. Idola saya ialah Azean Irdawaty kerana beliau mampu memainkan pelbagai watak dengan berkesan. Dari watak jenaka ke watak serius, beliau mampu menarik hati para penonton. Saya berharap sangat saya dapat menimba pengalaman dan membuat persembahan yang terbaik. Saya mencari ilmu bukan mencari nama.
Seperti kata Rosman, “Jadi? Apa yang ada pada nama kau..? Harta? Kuasa? Pangkat?”

“Hmmm… sebenarnya aku mahu kumpul duit supaya dapat aku melamar si Ramlah tu nanti. Aku rasa penting untuk aku kerja keras dan berkumpul duit sekarang supaya masa hadapan aku bersama Ramlah takkan susah.”

~ Rosman



 

Harshad Bin Ismail sebagai ‘Tengku Murad’

(Pelajar, Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Jurusan Bahasa & Sastera Melayu, Tahun Pertama)

 

 

Seorang yang periang dan suka ketawa, saya selalu mencari pelbagai cara untuk memperbaiki diri serta dahagakan sesuatu yang baru dalam kehidupan saya. Saya amat gemar bersantai justeru pantai adalah teman baik saya, dimana saya boleh "rileks" dan “ambil ilham”… haha

Saya mula berminat dalam teater ketika di bangku sekolah pada tahun 2003 dan berharap agar dapat mengembangkan sayap dalam bidang ini, InsyaAllah. Produksi yang pernah saya jayakan ketika di Institut Millennia (MI) adalah Pesta Peti Putih 2003, Sayembara Teater 2004 dan Gema Puisi Artistik 2004. Gentarasa 2007 merupakan batu loncatan bagi saya dalam bidang ini secara profesional.

Watak Tengku Murad merupakan watak yang mencabar, sukar sedikit untuk nak dapat “feel” tetapi jika para penonton benci akan Tengku Murad pada akhir persembahan, itu bermakna saya berjaya membawa watak ini dengan baik. Selebihnya, tontonlah ya…

“Harga diri? Kau cakap soal harga diri? Siapa kau nak bercakap soal harga diri? Perempuan kabaret macam kau mana ada harga diri.”

~ Tengku Murad

 


 

Azyan Bte Azami sebagai ‘Umi Kalsum’

(Pelajar, Institut Millenia (MI))

 

 

Saya bermula menceburkan diri dalam teater melayu semenjak saya menuntut di Institut Millennia (MI) pada tahun 2006. Pada masa itu, saya agak kurang yakin dengan kebolehan saya dari segi lakonan tetapi setelah bersama Perbayu Millennia selama dua tahun, saya lebih selesa untuk beraksi di atas pentas. Dalam pementasan Khilaf ini, saya memainkan watak Umi Kalsum. Watak Umi Kalsum memang sukar untuk saya dalami pada mulanya kerana perwatakannya sungguh berbeza dengan keperibadian saya. Namun, saya tetap bertekad untuk memainkan watak Umi Kalsum sebaik mungkin. Rintangan yang saya hadapi semasa berlakon di dalam Khilaf ialah untuk menyesuaikan diri dalam pemakaian era 50’an. Selain daripada itu, saya gembira diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pementasan ini dan saya harap dapat menyampaikan watak Umi Kalsum sebaik mungkin.

“Oh… Kau mengungkit ya Rokiah. Sungguh senang kau lupa latar belakang kau. Eh Rokiah, kau jangan lupa. Sebelum kau jadi penyanyi di kabaretku, siapa yang pungut kau di tepi jalan?”

~ Umi Kalsum



Laporan Pranonton Khilaf di Berita Harian
Isnin, 18 Ogos 2008, Muka Surat 11

Ekstra!
PENTAS REMAJA
Cermin Kebobrokan

'Khilaf' papar dunia perempuan kabaret

Oleh Adriyanni Amelyus
Mahasiswa NUS


"SEKILAS pandang, barisan pelakon persis watak-watak yang ingin dihidupkan - gadis-gadis kabaret bersama pria-pria 'kepitan' mereka.

Lengkap dengan lingo pertuturan bahasa Melayu zaman 1950-an, mimik muka dan kostum persis era Bunga Tanjung, daya realisme yang wujud pada Khilaf amat ketara sekali.
Penulis telah berpeluang menonton pranonton Khilaf yang telah dipersembahkan di Kelab Masyarakat Bukit Timah baru-baru ini.

Khilaf menggabungkan bakatbakat muda Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang (NTUMLCS) dan Thumbprint Production pimpinan penggiat seni yang tidak asing lagi, Encik Mokhter Haji Hashim, atau yang lebih senang dengan nama pentasnya Keater HM.

Selaku pengarah bersama Khilaf, salah satu piawai yang kuat dipegang Keater HM menjadi dasar mengapa beliau memilih membangkitkan semula nostalgia zaman lampau melalui pementasan ini.

'Saya akur tidak ramai yang mahu mementaskan bangsawan atau sesuatu yang bertema kuno.
'Namun, saya bangga diberi peluang menghidupkan semula kekayaan dan keunikan tahuntahun dahulu. Keistimewaan yang sama tidak wujud pada tahuntahun mendatang.'
Pengaruh karya penulis terkemuka, Encik A. Samad Said, seperti Salina dan Lantai T Pinkie memang ketara, terutama sekali dari segi pengkhususan latar masyarakat dan plot yang banyak berpusat pada sebuah masyarakat yang begitu bobrok nilai sahsiahnya dek cengkaman kemiskinan zaman pasca perang.

Apakah pula persiapan yang dilakukan oleh barisan pelakon Khilaf dalam menghidupkan watak-watak yang dimiliki era yang berbeza memandangkan mereka merupakan anak-anak pasca merdeka?

Keater HM menjelaskan:
'Anak-anak buah saya merujuk kepada datuk dan nenek mereka. Ternyata, kesahihan fakta ada pada mereka yang hidup pada waktu itu. Sudah tentunya, kami cuba sedaya upaya untuk memastikan ketepatan fakta.

'Namun, apa yang paling penting, kami tidak terlalu menyimpang daripada konsep asal.'
Pengarah bersama, Reduan Yahaya, menambah:
'Kami juga banyak membuat rujukan dengan Cikgu Ariff Ahmad dan Encik Mana Sikana dalam usaha mengumpulkan seberapa banyak gagasan yang mungkin.'

Kendatipun begitu, mereka tetap akur bahawa masih terdapat pelbagai cawangan yang boleh dipertikaikan. Misalnya, cara pemakaian sarung dan nada suara orang dahulu ketika bertutur.
Sememangnya, penuturan dalam bahasa kuno ini merupakan cabaran paling besar bagi mereka yang menjayakan Khilaf di atas pentas.

Ditanya tentang faktor yang membezakan Khilaf daripada naskhah-naskhah yang mempunyai pokok persoalan yang lebih kurang sama dan yang sudah dipentaskan, Keater HM percaya bahawa keunikan karyanya terletak pada jalan cerita yang diberi semacam nafas baru.

Khilaf menampilkan Nordiana Amran, 20 tahun, selaku Rokiah, seorang anak ustaz yang terjerumus dalam alam perempuan joget kerana mahu keluar daripada jerat kemiskinan.
Secara alami, dia terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupannya, apatah lagi apabila label 'perempuan kabaret' sukar diluputkan masyarakat.

Natijahnya, jalan cerita banyak dikupas melalui perspektif dilema seorang wanita joget tahun 1950-an.

Lebih daripada hanya sebuah pementasan, Khilaf diharapkan mampu selari dengan misi utama NTUMLCS iaitu memupuk penguasaan dan memastikan pelestarian bahasa Melayu di kalangan siswa-siswi dan masyarakat Singapura secara amnya."


KHILAF
Bila:
Sabtu, 23 Ogos
Masa: (Tukar kepada) 8 malam
Di mana: Teater Rakyat Kreta Ayer (bersebelahan Kelab Masyarakat Kreta Ayer)
Harga tiket: $12 (konsensi pelajar, tidak termasuk mahasiswa) dan $20 (dewasa)
Untuk keterangan lanjut: E-mel kepada info.perbayu@yahoo.com

Suara Hati Pengarah KHILAF...


Lima puluhan lagi…?

Mungkin ramai aktivis teater tempatan akan mengeluh apabila mereka dapat tahu yang satu lagi pementasan ala 50an akan muncul di pentas. Saya tak kisah pun. Kerana saya mementaskan teater ini khusus untuk para peminat yang ingin melihat satu pementasan yang cukup baik atau yang akan meninggalkan kesan nostalgia. Lagi pun saya pasti tidak akan ada aktivis teater yang bersuara lantang di luar sana yang datang atau tercongol depan pintu untuk menonton. Ini disebabkan ramai aktivis teater tempatan berkonsepkan “gua siapa…lu siapa….” Atau “gua punya teater…gua punya suka….”

Jawapan saya,

“lu punya pasallah beb…lu dah besar….lu boleh buat lu punya teater anak beranak….” (ini bukan kata-kata emosi, tapi kata-kata orang yang dah bosan melihat karenah orang teater yang sombong tak tentu pasal.)


Kenapa malu….


Bagi saya…..saya akan mengalu-alukannya. Sebabnya, cerita klasik seperti ini memerlukan satu tugasan yang cukup prihatin serta kesabaran yang utuh untuk menyiapkannya. Malah saya bangga era 50an dapat dijadikan semacam wadah yang menggantikan teater bangsawan yang mana ramai tidak minat untuk menonton dan ramai juga aktivis-aktivis di luar sana yang tak mahu mengangkat teater bangsawan itu ke tahta yang sebenar dan lebih selesa. Kerana bagi pendapat mereka teater bangsawan amat membosankan dan menjemukan. Konon…’obitlah tu’. Tapi aneh, kenapa karya-karya Wlliams Shakespear yang diagung-agungkan. Don’t you think teater bangsawan itu adalah saduran dari teater Williams itu sendiri? Ibarat kata orang tak suka tengok filem koboi tapi suka pakai kemeja.


Cabaran……

Saya suka sekali cabaran….

Cabaran pertama yang saya hadapi…..

Agak lebih kurang 3 pementasan telah dipentaskan sebelum ini yang berkonsepkan 50an. Yang terbaharu, Romzi dan Juleha (saya turut berlakon). Jadi saya harus fikirkan kelainan. Die…die must tackle different angle. Otak kena pecahkan. Jadi cerita Khilaf yang akan dipertontonkan bukan cerita Khilaf yang asal, yang memenangi beberapa awards semasa pertandingan Sayembara Teater 2008 anjuran Tampines West CC. Jalan cerita terpaksa dirombak. Malah para pemain juga agak berlaianan orang.

Cabaran kedua…..

Saya harus terima apa yang ada. Rata-rata para pemain Khilaf datang dari gabungan beberapa pihak yang langsung tidak mempunyai pengalaman bermain di tempat yang besar seperti Kreta Ayer People’s Theatre ini yang boleh menampung sekitar 1108 penonton. I have to start from scratch. Walaubagaimanapun saya cukup ‘respect’ kesungguhan dan kesediaan anak-anak muda ini berteater.

Cabaran ketiga…..

Ruang teater yang besar untuk bermain, tapi kewangan yang kecil untuk dibelanjakan. Kepala pening jugak. Tak ada budget nak sewa lampu. (Memandangkan lampu di dewan ini akan ‘basics’ serupa pentas di sekolah-sekolah.) Tak ada budget untuk buat set….mak….tolong….namun saya harap berkat usaha kami semua untuk mengumpul dana buat saat-saat terakhir tidak akan mengecewakan. Kerana…semangat anak-anak muda ini untuk memperjuangkan seni mereka sungguh kuat dan kental.


Habuan dan Ganjaran

Khilaf akan dipersembahkan dengan ikhlas dan jujur dari kami. Justeru itu saya janjikan satu persembahan yang cukup menyegarkan agar anda para penonton dan pengkritik teater yang amat dihormati berasa puas dan apa yang anda bayar pasti berbaloi.


Wassalam


Saya selalu ingat pesan Dato’ A Samad Said, “ Bakat adalah satu kurnian bak cahaya penyuluh hati. Jadi gunakanlah ia sebaik mungkin untuk membuat orang lain gembira dan tersenyum mekar.”

Ikhlas dari saya,
KEATAR HM.


Mari Menari!
Pereka Tari: Suhana
Pembantu Pereka Tari: Fairus & Rizal

Walaupun saya sering kali ditugaskan untuk mereka tarian bagi persembahan drama di dalam mahupun di luar sekolah, namun kali ini tekanan dan masalah yang timbul tetap ada. Amanah yang diberikan kepada saya lebih besar kerana kali ini, untuk persembahan Khilaf, ia akan dipertontonkan kepada khalayak yang ramai. Pada masa yang sama, saya berasa bertuah kerana diberikan kepercayaan untuk menjalankan amanah ini. Gabungan para penari/pemain daripada berlainan institusi dan latar belakang adalah satu cabaran yang perlu saya hadapi. Ini adalah kerana mereka mempunyai cara yang perlainan dalam menerima dan melaksanakan suatu tugas. Apatah lagi, mereka yang bekerjasama dengan saya bukanlah pemain pentas atau penari yang bergiat secara profesional. Namun begitu, saya tetap akan berusaha keras dalam melaksanakan tugas ini dan berharap agar pementasan Khilaf ini dapat membuka ruang bagi saya mengetengahkan dan mempertingkatkan kemahiran saya yang sesungguhnya masih dangkal lagi.

- Suhana Jumadi

Kostum & Props!
Ketua Props: Shahani
Pembantu Props: Suhana
Make-Up: Fifi



Ramai yang berpendapat bahawa kerjanya senang tetapi tidak semudah itu. Unit ini perlu membuat banyak penyelidikan agar apa yang dipakai si pelakon, dan juga props atau set yang digunakan adalah BETUL dan wujud pada era itu iaitu era 1950an, lebih tepat 1957. Kita tahu bahawa kita harus menempah pelbagai cabaran dan dugaan.


Bagaimana Kita Bermula!

Kita bermula dengan membuat penyelidikan & kajian di Internet tetapi maklumatnya agak terhad. Dengan itu, kita bertanya kepada datuk, nenek atau orang-orang yang mengalami zaman itu. Ternyata, ada hasilnya. Kita telah menemuduga:

1. Siti Zahara; nenek kepada Shukri. Dia telah memberi banyak maklumat seperti bentuk hiburan pada masa itu, cara mengikat kain batik lepas, fesyen pakaian perempuan joget dan sebagainya. Dia juga telah meminjamkan baju kebayu 'kota baru' dan kain batik lepas kepunyaannya pada era itu pada kami.
2. Cikgu Ariff Mohammad (Asas 50). Temuduga berlangsung di perpustakaan Bedok semasa satu acara untuk Belia Asas 50. Dia memberitahu kami tentang cara joget di kelab-kelab kaberet dan sebagainya.

3. Aktivis teater seperti dari Teater Kami juga telah memberi maklum balas mengenai pementasan Khilaf semasa Pertandingan Sayembara 2008 yang dibawa oleh Institut Millenia. Dari situ kita telah mempelajari lagi dari segi jalan cerita dan pakaian.


Masalah Yang Dihadapi!

Kita juga mengalami pelbagai masalah terutama sekali dengan pakaian perempuan sebagai perempuan joget. Pakaian perempuan joget harus bercorak 'kota baru' dan bukan kebaya Nyonya. Pakaian yang dikumpul oleh unit kami tidak cukup untuk watak-watak utama, sampingan dan korus. Oleh itu, kita harus membeli kain yang sesuai dan perlu membuat tempahan jahitan tetapi harganya sangat mahal sehingga ada yang mencecah $60 untuk satu tempahan baju. Alhamdulillah, kami dapat membeli kain dengan harga $10 satu hela dan mendapat tempahan jahitan dengan harga $30.

Kita juga dalam perundingan dengan Teater Kami untuk menyewa pakaian dan props dari mereka. Sekarang, unit kami masih terus membuat kajian agar kita tidak meninggalkan sebarang fakta-fakta yang penting.

Unit kami juga telah membuat 'trial makeover' untuk beberapa pelakon agar kita dapat melihat sendiri hasilnya dan jurus dapat membetulkan apa-apa kesalahan yang ada.

Sekian,
Shahani Kamarudin



Harga Biasa / Standard Price: $25 $20
Konsensi Pelajar / Student Concession: $12*

*(Tidak Termasuk Mahasiswa / Undergrads Not Included).

*Sila emel kami di info.perbayu@yahoo.com jika anda tidak menerima emel pengesahan sejurus selepas menghantar borang ini. (Butiran pembayaran akan dihantar menerusi emel atau secara panggilan).
*Do email us at info.perbayu@yahoo.com if you do not receive a confirmation email upon submitting this form. (Payment details will be sent via email or by call).

Borang Penempahan Tiket / Ticket Order Form



Bagi sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai Khilaf, sila hantarkan emel anda ke / For any enquiries or feedbacks regarding Khilaf, please send your email to:

info.perbayu@yahoo.com

Atau hubungi kami / Or contact us:

Noorkiah (Publicity): 9725 7884
Ainee (Ticketing): 9365 9211
Hariz (Ticketing): 8113 4715
Azzimah (Sponsorship): 9654 7430

 







PERBAYU NTU/NIE (NTUMLCS)

Latarbelakang

Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu NTU (PERBAYU) telah ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai salah sebuah pertubuhan pelajar yang didaftarkan di Registrar of Societies (ROS).

Perbayu telah ditubuhkan dengan bertujuan untuk memajukan penggunaan bahasa Melayu dan meningkatkan kesedaran terhadap budaya Melayu di kalangan guru-guru Melayu di Institut Pendidikan Nasional (Bukit Timah).

Pemindahan Institut NIE ke kampus Boon Lay, PERBAYU-NTU yang dikenali sebagai PERBAYU-NIE sebelum ini, telah membuka pintunya kepada penuntut Melayu di NTU.

Objektif

  • Untuk menyatu-padukan masyarakat Melayu di Universiti.
  • Untuk melahirkan kesedaran dan minat terhadap bahasa dan budaya Melayu.
  • Untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan masyarakatMelayu.

Misi

Ke Arah Pelestarian Bahasa dan Budaya Melayu.

Visi

Menerapkan kesedaran dalam pentingnya menjaga dan memupuk nilai-nilai murni demi kebaikan masyarakat untuk masa hadapan.



THUMBPRINT PRODUCTIONS

Siapakah Kami?

Seperti mana cap jari itu unik bagi setiap individu, Thumbprint Productions menekankan:-

  • Identiti tersendiri, jati diri, profesionalisme; pembela warisan, adat dan budaya.
  • Sebagai sekumpulan penggiat seni, kami berharap untuk memperjuangkan seni di samping menjadi wadah cerminan masyarakat sejagat.
  • Anggota kami terdiri daripada pereka tari, pengolah muzik, pensyarah motivasi dan pengarah drama serta pergerakan.
  • Kami juga menyediakan khidmat pementasan teater serta bimbingan drama.

Mokther Bin Haji Hashim (Keatar HM) merupakan pengasas bagi Thumbprint Productions. Penglibatannya tidak terbatas di dalam bidang lakonan sahaja tetapi merangkumi aspek pengarahan, penulisan skrip dan guru drama. Di antara sekolah-sekolah pimpinan beliau termasuk Sekolah Rendah Edgefield, Sekolah Menengah Fuhua dan Institut Millennia.

Di Antara Penglibatan Abang Keatar

Stesen Penyiaran: SBC, TCS, Mediacorp

Pementasan: Salina, CATS

Pengarahan Drama: Alya